teman..
mula-mula kita bertemu,
aku rasa kau seperti seorang yang sombong,
berjalan bersebelahan pun sukar bibirmu menguntum senyum,
apatah lagi untuk bertegur sapa,
tapi aku tak pula fikir silap aku,
kenapa tidak aku mulakan bicara.
teman..
setelah mengenali dirimu,
kau memang mesra dan peramah,
tutur bicaramu telah membuatkan diriku senang bersama,
kita bercerita soal kehidupan,
akhirnya kita jadi akrab,
mungkin juga kitalah teman sejati.
teman..
memang indah waktu kita sama-sama berjuang dalam mencari ilmu,
kita berjanji yang kita akan berjaya,
sehingga kita sanggup rasa suka dan duka bersama,
teman..
akhirnya kita telah berjaya dalam pelajaran,
kau telah membawa diri,
dan aku juga pergi untuk meneruskan kehidupan.
tapi teman..
mengapa kita sekarang bagai tidak pernah kenal??
kau terus menghilang,
ku cuba hubungi dirimu,
semua hampa,
akhirnya aku juga diamkan diri.
teman..
aku mendapat khabar yang kau akan mengakhiri zaman bujang,
syukur aku panjatkan ke hadrat Ilahi,
jodoh mu telah tiba,
aku memang mengharapkan jemputan dari mu itu,
tapi untuk apa???
sedangkan sebelum ini kau menyepikan diri.
teman..
aku gembira terima kad undangan ke majlismu,
tapi aku tak dapat hadir kerana waktu tidak mengizinkan,
aku tahu kau akan kecewa,
tapi betulkah kau akan kecewa??
hanya ucapan tanda aku sentiasa ingat akan dirimu.
teman..
aku rindu saat kita bersama,
aku rindu saat gelak dan tawa itu,
aku rindu saat kau kata kita ibarat saudara.
teman..
aku tahu kau sekarang sudah berkeluarga dan bahagia,
itu juga yang ku harapkan dan sentiasa doakan,
kau miliki insan terbaik untuk menjadi pelindungmu.
teman..
hari ini aku masih mengenangkan kenangan tersebut,
aku sedar kita takkan jadi seperti dulu lagi,
tapi teman,
ingatlah bahawa ada insan yang sentiasa mengingatimu,
waluapun kita telah jauh,
walaupun kita tidak berhubung lagi,
sayang dan kasihku pada mu masih hangat seperti dulu.
salam sayang buat semua teman-teman seperjuangan.

